RESEPI
CUCUR IKAN BILIS BAWANG
Semua
orang pasti ingin meluangkan masa lapang mereka dengan gembira. Setiap orang
mempunyai citarasa yang berbeza dan mereka meluangkan masa lapang dengan
membuat apa yang mereka minati. Contohnya, sesetengah orang suka bermain. Ada
juga minat baca atau tulis buku, novel ataupun artikel. Lagi sesetengah orang
suka memasak dan makan bersama keluarga mereka. Golongan yang suka memasak ini
selalu ingin mencuba yang baru. Mereka berasa puas hati dan gembira apabila
melihat ahli keluarga mereka menikmati masakan mereka.
Golongan
tersebut pasti mencuba banyak resepi makanan yang lazat. Pastinya mereka tahu
bahawa cucur adalah salah satu jenis kuih yang sedap dan mudah dibuat. Terdapat
pelbagai jenis cucur seperti cucur ikan bilis bawang, cucur udang, cucur jagung
dan sebagainya Biasanya, cucur ini dimakan bersama sos cili ataupun sos tomato,
terpulanglah kepada citarasa masing-masing. Kuih cucur ini sangat popular dikalangan suri
rumah sebab ia mudah untuk dibuat dan bahan keperluannya tidaklah banyak sangat
dan mudah didapati. Dari segi penyediaan pula, cucur boleh dibuat dalam masa
cepat, iaitu 20 minit pun sudah dicukupi.
Kuih
cucur ini sangat sesuai dimakan pada masa minum petang. Semua golongan boleh
makan kuih ini, tidak perlu risau pasal lemak atau pun minyak. Kuih cucur ini
boleh tahan sekiranya disimpan dalam bekas kedap udara. Anda boleh juga
hidangkan kuih cucur ini kepada tetamu yang datang ke rumah. Ini kerana masakan
cucur ini adalah salah satu jenis makanan yang dibuat dengan banyak dalam masak
yang singkat. Tetamu anda pasti menyukainya. Anda boleh mencuba resepi yang
diberi untuk membuat kuih cucur.
Resepi
Cucur Ikan Bilis Bawang
Bahan-bahannya:
tepung gandum
cawan penuh air
bawang merah kecil
bawang putih
ikan bilis
sedikit garam dan ajinomoto
minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Ambil
beberapa biji bawang merah kecil dan
kupas kulitnya. Ambil juga beberapa ulas
bawang putih dan kupas kulitnya.
Selepas dicuci bersih, bawang besar dan bawang putih
ditumbuk atau dikisar.
2. Sediakan
ikan bilis yang secukupnya. Bersihkan dan terlebih dahulu. Kemudian goreng
ikan bilis sampai rangup.
3. Kemudian,
satukan tepung gandum, bawang merah, bawang putih, ikan bilis hancur
dalam satu bekas.
4. Tambahkan
garam dan ajinimoto yang secukupnya.
5. Masukkan
air yang secukup dan gaulkan campuran itu sampai sebati. Biarkan beberapa
minit
6. Panaskan
minyak dan goreng sehingga keperangan
7. Selalunya,
cucur bawang ikan bilis dimakan bersama
bersama sos cili.
Resepi
Cucur Udang Rangup Kuah Kacang
Resepi yang sedap ini
berasal dari negara utara. Cucur udang
rangup akan enak sekali apabila makan bersama kuah kacangnya. Kuah kacang
tersebut dihasilkan dengan menggunakan kacang tanah digoreng tanpa minyak. Cucur udang dengan kuah kacang pasti membuka
selera kepada sesiapa yang terhidu baunya.
Bahan untuk cucur:
Tepung gandum
Daun kucai
Kunyit
Bawang besar
Air kapur
Cara menyediakan:
1. Sedikan
udang yang diperlukan. Udang tersebut dibersih dan dicuci sebelum diguna.
2. Sebai
penyediaan, daun kucai dipotong kecil (jangan kecil sangat) Bawang besar kupas
kulitnya
dan dihiris nipis. Sedikan air kapur.
3. Bancuh
tepung dengan air. Jangan masukkan air berlebihan, nanti susah semasa digoreng.
4. Masukkan
daun kucai, serbuk kunyit, bawang besar dan air kapur dalam bancuhan tepung
tadi.
Kacau sehingga sebati.
5. Kemudian
tambahkan garam dan gula yang secukupnya.
6. Panaskan
minyak dalam kuali. Kautkan aduanan sebanyak satu senduk penuh dan
tuangkan
ke dalam kuali.
7. Goreng
dengan api sederhana kuat sehingga keperangan. Ulangi sampai semua tepung
tadi
habis.
8.
Setelah digoreng penuh, angkat dan potong kepda empat bahagian.
9. Sekarang
cucur udang telah pun sedia dan boleh dihidang bersama kuah kacang.
Bahan untuk kuah:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kacang tanah
Cili kisar
Paste udang kering
Gula melaka
Tepung jagung
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara untuk kuah:
1. Sediakan
bawang merah, bawang putih dan halia yang secukupnya. Kulit dikupas dan
dicuci
dengan air yang bersih. Kemudian, ketiga-tiga bahan itu dicincang dan
diketepikan.
2. Sebelum
digoreng, kacang tanah dicuci dan direndam di dalam air bersih sekurang-
kurangnya
30 minit.
3. Selepas
itu, goreng kacang tanah itu tanpa minyak. Kisarkan kacang tanah yang telah
digoreng
dengan blender (pengisar).
4. Tepung
jagung dicairkan dengan menggunakan air dan diketepikan.
5. Panaskan
kuali dan masukkan minyak masak.
6. Setelah
panas, masukkan bahan-bahan yang dicincang tadi. Tumiskan sampai warnanya
menjadi
keperangan.
7. Kemudian,
masukkan cili kisar dan udang kering, kacau hingga pecah minyak.
8.
Masukkan satu cawan air dan kacang yang dikisar halus. Biar seketika.
9. Masak
sehingga mendidih.
10. Kemudian,
masukkan gula, garam dan tepung jagung yang dicairkan.
11. Masak
sehingga kuah itu mendidih dan menjadi sedikit pekat.
Sesengah
orang ada allergi dengan sesetengah makanan. Contoh, setengah orang tidak boleh
makan makanan laut. Ada yang tidak boleh makan terung dan sebagainya. Cucur
adalah kuih yang lazat untuk dimakan dan ia bukan sahaja dibuat daripada ikan
bilis ataupun udang, malah ia juga boleh dibuat daripada sayur-sayuran.
Contohnya, cucur jagung, cucur bawang merah, cucut oats dan sebagainya. Resepi
yang diberi dibawah memang sesuai kepada yang ada allergi dengan makanan laut
dan penggemar bijirin dan vegetarian.
Cucur
Jagung
Bahan-bahan:
jagung manis
tepung gamdum
tepung beras
daun sup
bawang besar
gula dan garam
serbuk bikabornat
(sebuk penaik)
cili merah
Cara-cara:
1. Asingkan
isi jagung dari tangkainya dan diketepikan.
2. Ambil
satu biji bawang besar dan kupas kulitnya. Selepas itu, bawang merah itu
dipotong
dadu.
3. Daun
sup dipotong hiris.
4. Dalam
satu bekas, campurkan jagung, tepung gandum, tepung beras, bawang merah,
daun
sup, serbuk bikabornat dan cili merah.
5. Bancuh
campuran itu dengan air suam. Jangan tambah air sampai terlalu cair.
6. Perasakan
dengan gula dan garam. Jangan tambah
banyak gula sebab jagung juga
mempunyai
gula.
7. Selepas
direndam beberapa minit, gorengkan adunan tersebut dalam minyak masak .
8. Cucur
jagung sedia untuk dimakan dan biasanya ia dimakan bersama sos cili.
Cucur
Sayur Oat
Bahan-bahan:
Oat, oat bran, polenta
Lobak merah
Frozen baby spinach (bayam)
Bawang besar
Cili kering (chili flakes)
Garam secukup rasa
Tepung gandum dan air
Cara-cara:
1. Satukan
ketiga-tiga jenis bijirin (oat, oat bran dan polenta) dalam satu bekas.
2. Lobak
merah dicuci dan dipotong halus. Bawang besar dipotong dadu.
3. Kemudian,
masukan semua sayur-sayuran yang telah dipotong tadi di dalam bekas yang ada
bijirin. Cili kering dan perasa juga turut dicampur bersamanya.
4. Satukan
bahan tadi dengan tepung gandum bersama sedikit air sehingga menjadi satu
adunan.
5. Panaskan
minyak dalam kuali dan goreng adunan tersebut sehingga kuning. Enak dimakan
panas-panas bersama cili sos.
Cucur
Kucai,Taugeh & Bawang
Bahan-bahan:
Tepung gandum
Daun kucai-potong
Taugeh-basuh
Bawang besar
Air dan garam secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara:
1.
Bawang besar dikupas kulit dan dipotong
dadu. Daun kucai dicuci bersih sebelum dipotong.
2.
Bancuh tepung dgn air suam yang
mencukupi. Jgn terlalu banyak air nanti jadi terlali cair. Masukkan air sedikit
demi sedikit sampai ia sederhana pekat.
3.
Masukkan garam yang secukupnya.
4.
Kemudian, masukkan daun kucai,taugeh dan
bawang besar yang telah pun dipotong. Gaul rata dan biarkan beberapa minit.
5.
Panaskan kuali dgn minyak masak. Goreng
cucur sehingga kekuningan.
6.
Sekarang, cucur boleh dihidang bersama
sos cili.
Inilah
antara resepi cucur-cucur yang popular dan sedap dimakan. Keluarga anda pasti
menyukainya setelah merasa kelazatannya lagi-lagi makan dicicah bersama kuah
yang enak. Sekarang anda tidak perlu memikirkan pasal sarapan pagi ataupun
minum petang setiap hari. Setiap minggu anda boleh cuba membuat pelbagai jenis
kuih cucur ini pada masa tersebut. Saya pasti anda tidak akan berasa bosan
apabila anda sudah pandai membuatnya. Semoga Berjaya!