Saturday 28 June 2014

Resepi Cucur Ikan Bilis Bawang

 

RESEPI CUCUR IKAN BILIS BAWANG


 

Semua orang pasti ingin meluangkan masa lapang mereka dengan gembira. Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza dan mereka meluangkan masa lapang dengan membuat apa yang mereka minati. Contohnya, sesetengah orang suka bermain. Ada juga minat baca atau tulis buku, novel ataupun artikel. Lagi sesetengah orang suka memasak dan makan bersama keluarga mereka. Golongan yang suka memasak ini selalu ingin mencuba yang baru. Mereka berasa puas hati dan gembira apabila melihat ahli keluarga mereka menikmati masakan mereka.

 

Golongan tersebut pasti mencuba banyak resepi makanan yang lazat. Pastinya mereka tahu bahawa cucur adalah salah satu jenis kuih yang sedap dan mudah dibuat. Terdapat pelbagai jenis cucur seperti cucur ikan bilis bawang, cucur udang, cucur jagung dan sebagainya Biasanya, cucur ini dimakan bersama sos cili ataupun sos tomato, terpulanglah kepada citarasa masing-masing.  Kuih cucur ini sangat popular dikalangan suri rumah sebab ia mudah untuk dibuat dan bahan keperluannya tidaklah banyak sangat dan mudah didapati. Dari segi penyediaan pula, cucur boleh dibuat dalam masa cepat, iaitu 20 minit pun sudah dicukupi.

 

Kuih cucur ini sangat sesuai dimakan pada masa minum petang. Semua golongan boleh makan kuih ini, tidak perlu risau pasal lemak atau pun minyak. Kuih cucur ini boleh tahan sekiranya disimpan dalam bekas kedap udara. Anda boleh juga hidangkan kuih cucur ini kepada tetamu yang datang ke rumah. Ini kerana masakan cucur ini adalah salah satu jenis makanan yang dibuat dengan banyak dalam masak yang singkat. Tetamu anda pasti menyukainya. Anda boleh mencuba resepi yang diberi untuk membuat kuih cucur.

 

 

Resepi Cucur Ikan Bilis Bawang

Bahan-bahannya:

tepung gandum

cawan penuh air

bawang merah kecil

bawang putih

ikan bilis

sedikit garam dan ajinomoto

minyak untuk menggoreng

 

Cara-cara:

1.         Ambil beberapa biji bawang merah  kecil dan kupas kulitnya. Ambil juga beberapa ulas

            bawang putih dan kupas kulitnya. Selepas dicuci bersih, bawang besar dan bawang putih

            ditumbuk atau dikisar.

2.         Sediakan ikan bilis yang secukupnya. Bersihkan dan terlebih dahulu. Kemudian goreng  

            ikan bilis sampai rangup.

3.         Kemudian, satukan tepung gandum, bawang merah, bawang putih, ikan bilis hancur

            dalam satu bekas.

4.         Tambahkan garam dan ajinimoto yang secukupnya.

5.         Masukkan air yang secukup dan gaulkan campuran itu sampai sebati. Biarkan beberapa

            minit

6.         Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan

7.         Selalunya, cucur bawang ikan bilis dimakan bersama  bersama sos cili.

 



Resepi Cucur Udang Rangup Kuah Kacang


Resepi yang sedap ini berasal dari negara utara.  Cucur udang rangup akan enak sekali apabila makan bersama kuah kacangnya. Kuah kacang tersebut dihasilkan dengan menggunakan kacang tanah digoreng tanpa minyak.  Cucur udang dengan kuah kacang pasti membuka selera kepada sesiapa yang terhidu baunya.

 

Bahan untuk cucur:

Tepung gandum

Daun kucai

Kunyit

Bawang besar

Air kapur

 

Cara menyediakan:

1.         Sedikan udang yang diperlukan. Udang tersebut dibersih dan dicuci sebelum diguna.

2.         Sebai penyediaan, daun kucai dipotong kecil (jangan kecil sangat) Bawang besar kupas

             kulitnya dan dihiris nipis. Sedikan air kapur.

3.         Bancuh tepung dengan air. Jangan masukkan air berlebihan, nanti susah semasa digoreng.

4.         Masukkan daun kucai, serbuk kunyit, bawang besar dan air kapur dalam bancuhan tepung

             tadi. Kacau sehingga sebati.

5.         Kemudian tambahkan garam dan gula yang secukupnya.

6.         Panaskan minyak dalam kuali. Kautkan aduanan sebanyak satu senduk penuh dan

             tuangkan ke dalam kuali.

7.         Goreng dengan api sederhana kuat sehingga keperangan. Ulangi sampai semua tepung

            tadi habis.

8.         Setelah digoreng penuh, angkat dan potong kepda empat bahagian.

9.         Sekarang cucur udang telah pun sedia dan boleh dihidang bersama kuah kacang.

 

 

Bahan untuk kuah:

Bawang merah

Bawang putih

Halia

Kacang tanah

Cili kisar

Paste udang kering

Gula melaka

Tepung jagung

Garam dan gula secukup rasa

 

Cara-cara untuk kuah:

1.         Sediakan bawang merah, bawang putih dan halia yang secukupnya. Kulit dikupas dan

           dicuci dengan air yang bersih. Kemudian, ketiga-tiga bahan itu dicincang dan diketepikan.

2.         Sebelum digoreng, kacang tanah dicuci dan direndam di dalam air bersih sekurang-

            kurangnya 30 minit.

3.         Selepas itu, goreng kacang tanah itu tanpa minyak. Kisarkan kacang tanah yang telah

             digoreng dengan blender (pengisar).

4.         Tepung jagung dicairkan dengan menggunakan air dan diketepikan.

5.         Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.

6.         Setelah panas, masukkan bahan-bahan yang dicincang tadi. Tumiskan sampai warnanya

            menjadi keperangan.

7.         Kemudian, masukkan cili kisar dan udang kering, kacau hingga pecah minyak.

8.         Masukkan satu cawan air dan kacang yang dikisar halus. Biar seketika.

9.         Masak sehingga mendidih.

10.       Kemudian, masukkan gula, garam dan tepung jagung yang dicairkan.

11.       Masak sehingga kuah itu mendidih dan menjadi sedikit pekat.

 

Sesengah orang ada allergi dengan sesetengah makanan. Contoh, setengah orang tidak boleh makan makanan laut. Ada yang tidak boleh makan terung dan sebagainya. Cucur adalah kuih yang lazat untuk dimakan dan ia bukan sahaja dibuat daripada ikan bilis ataupun udang, malah ia juga boleh dibuat daripada sayur-sayuran. Contohnya, cucur jagung, cucur bawang merah, cucut oats dan sebagainya. Resepi yang diberi dibawah memang sesuai kepada yang ada allergi dengan makanan laut dan penggemar bijirin dan vegetarian.

 

Cucur Jagung

Bahan-bahan:

jagung manis

tepung gamdum

tepung beras

daun sup

bawang besar

gula dan garam

serbuk bikabornat (sebuk penaik)

cili merah
 

Cara-cara:

1.         Asingkan isi jagung dari tangkainya dan diketepikan.

2.         Ambil satu biji bawang besar dan kupas kulitnya. Selepas itu, bawang merah itu dipotong

            dadu.

3.         Daun sup dipotong hiris.

4.         Dalam satu bekas, campurkan jagung, tepung gandum, tepung beras, bawang merah,

            daun sup, serbuk bikabornat dan cili merah.

5.         Bancuh campuran itu dengan air suam. Jangan tambah air sampai terlalu cair.

6.         Perasakan dengan gula dan garam.  Jangan tambah banyak gula sebab jagung juga

            mempunyai gula.

7.         Selepas direndam beberapa minit, gorengkan adunan tersebut dalam minyak masak .

8.         Cucur jagung sedia untuk dimakan dan biasanya ia dimakan bersama sos cili.

 

 

Cucur Sayur Oat

Bahan-bahan:

Oat, oat bran, polenta

Lobak merah

Frozen baby spinach (bayam)

Bawang besar

Cili kering (chili flakes)

Garam secukup rasa

Tepung gandum dan air

 

Cara-cara:

1.      Satukan ketiga-tiga jenis bijirin (oat, oat bran dan polenta) dalam satu bekas.

2.      Lobak merah dicuci dan dipotong halus. Bawang besar dipotong dadu.

3.      Kemudian, masukan semua sayur-sayuran yang telah dipotong tadi di dalam bekas yang ada bijirin. Cili kering dan perasa juga turut dicampur bersamanya.

4.      Satukan bahan tadi dengan tepung gandum bersama sedikit air sehingga menjadi satu adunan.

5.      Panaskan minyak dalam kuali dan goreng adunan tersebut sehingga kuning. Enak dimakan panas-panas bersama cili sos.

 


Cucur Kucai,Taugeh & Bawang

Bahan-bahan:

Tepung gandum

Daun kucai-potong

Taugeh-basuh

Bawang besar

Air dan garam secukupnya

Minyak masak untuk menggoreng



Cara-cara:

1.      Bawang besar dikupas kulit dan dipotong dadu. Daun kucai dicuci bersih sebelum dipotong.

2.      Bancuh tepung dgn air suam yang mencukupi. Jgn terlalu banyak air nanti jadi terlali cair. Masukkan air sedikit demi sedikit sampai ia sederhana pekat.   

3.      Masukkan garam yang secukupnya.

4.      Kemudian, masukkan daun kucai,taugeh dan bawang besar yang telah pun dipotong. Gaul rata dan biarkan beberapa minit.

5.      Panaskan kuali dgn minyak masak. Goreng cucur sehingga kekuningan.

6.      Sekarang, cucur boleh dihidang bersama sos cili.

 

Inilah antara resepi cucur-cucur yang popular dan sedap dimakan. Keluarga anda pasti menyukainya setelah merasa kelazatannya lagi-lagi makan dicicah bersama kuah yang enak. Sekarang anda tidak perlu memikirkan pasal sarapan pagi ataupun minum petang setiap hari. Setiap minggu anda boleh cuba membuat pelbagai jenis kuih cucur ini pada masa tersebut. Saya pasti anda tidak akan berasa bosan apabila anda sudah pandai membuatnya. Semoga Berjaya!